3 orang maut dalam insiden tembakan di dua sekolah, bekas pelajar ditahan

3 orang maut dalam insiden tembakan di dua sekolah, bekas pelajar ditahan

Kongsikan Berita Ini

ARACRUZ: Tiga orang maut manakala 13 yang lain cedera dalam insiden tembakan rambang di dua buah sekolah di tenggara Brazil pada Jumaat.

Mangsa yang terkorban merupakan dua orang guru dan seorang pelajar, manakala mangsa yang cedera termasuk sembilan tenaga pengajar dan dua kanak-kanak.

Tragedi berlaku di sebuah sekolah awam menempatkan murid sekolah rendah dan menengah, serta sebuah sekolah swasta di bandar Aracruz.

Ketika kejadian, suspek bersenjatakan pistol separa automatik dan memakai jaket kalis peluru, meluru ke ruang rehat guru selepas memecahkan kunci sebelum melepaskan tembakan.

Suspek berusia 16 tahun yang dikenal pasti sebagai bekas murid di sekolah berkenaan berjaya ditahan kira-kira empat jam kemudian.

Difahamkan senjata digunakan suspek merupakan milik bapanya, seorang pegawai polis tentera.

Insiden tembakan rambang di kawasan sekolah jarang berlaku di Brazil, namun ia semakin kerap berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan.

-astroawani