Hajiji Akan Bentang Bajet 2023 Sabah Esok

Hajiji Akan Bentang Bajet 2023 Sabah Esok

Kongsikan Berita Ini

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor akan membentangkan Bajet 2023 bagi negeri itu menerusi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 pada Jumaat.

Bajet itu dijadualkan akan dibentangkan pada jam 3 petang.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan Sabah telah membuat semakan terakhir bajet itu di pejabatnya di Kementerian Kewangan Negeri di sini pada Khamis.

Turut bersama beliau ialah Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Masidi Manjun; Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Jasnih Daya dan Datuk Julita Mojungki; Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri, Datuk Mohd Sofian Alfian Nair; Penasihat Khas Ketua Menteri (Kewangan dan Ekonomi), Datuk Peter Thien dan Jawatankuasa Bajet Negeri.

Sebelum itu, Sidang DUN Sabah juga akan diteruskan pada Isnin hingga Khamis depan. – SINAR