Pujukan luar biasa,hadiahkan isteri pertama

Pujukan luar biasa,hadiahkan isteri pertama

Kongsikan Berita Ini

Riyadh: Seorang wanita Arab Saudi menghadiahkan isteri kedua suaminya sebuah bangunan kediaman di Tabuk di wilayah barat laut sebagai galakan supaya lelaki itu mendedahkan perkahwinan kedua kepada umum.

Gulf News melaporkan, ia apabila isteri pertama mengetahui suaminya berkahwin baharu, enam bulan lalu, secara rahsia.

Wanita itu kemudian memutuskan untuk melawatnya di Tabuk di mana lelaki itu tinggal bersama isteri keduanya.

Sebelum bertemu mereka, dia menghubungi suaminya dan memberitahu tahu mengenai perkahwinan keduanya dan ingin memberinya kejutan yang menggembirakan untuk isteri keduanya dengan syarat dia mengumumkan perkahwinannya.

Suami menerima pelawaan itu selepas wanita itu meyakinkan bahawa tidak kisah dengan perkahwinan baharu itu. .

Isteri pertama kemudian mengejutkan madunya dengan menghadiahi wanita itu sebuah bangunan kediaman, mendorong si suami mengumumkan perkahwinan keduanya.

Disiarkan pada: November 23, 2022 @ 9:51am