Cristiano Ronaldo sedia tinggalkan MU, sertai Fiorentina

Cristiano Ronaldo sedia tinggalkan MU, sertai Fiorentina

Kongsikan Berita Ini

DOHA: Cristiano Ronaldo diyakini tidak akan bertahan bersama Manchester United (MU) selepas Piala Dunia 2022 berakhir. Yang terbaru, muncul sebuah kelab yang dilaporkan berminat mendapatkan Ronaldo.

Temu bual Ronaldo bersama Piers Morgan memperlihatkan kedudukan CR7 di Manchester United tidak lagi dalam keadaan ideal. Ronaldo juga dikatakan bersedia meninggalkan MU selepas melakukan pelbagai serangan lisan.

Daripada beberapa nama sedia ada, muncul sebuah nama kelab yang agak mengejutkan. Kelab yang disebut Calciomercato adalah Fiorentina dari Itali.

Nama Fiorentina agak memeranjatkan memandangkan mereka bukanlah sebuah pasukan yang sinonim dengan pengambilan nama besar.

Namun begitu, salah satu halangan membawa masuk Ronaldo ketika ini ialah nilai gaji yang sangat tinggi memandangkan Ronaldo kini memegang rekod sebagai pemain dengan gaji tertinggi dalam Liga Perdana.

Sebelum ini, Ronaldo yang bermain di posisi penyerang dikatakan sanggup menurunkan gajinya sehingga 100 ribu pound seminggu demi keluar dari pasukan Manchester United. Tetapi untuk saiz Liga Itali, angka itu disifatkan masih agak tinggi.

Apatah lagi bila bercakap tentang syarat yang Ronaldo mahukan. Sebagai pemain, Ronaldo sentiasa mahukan pasukan yang kompetitif dan sekurang-kurangnya boleh bermain secara kerap dalam Liga Juara.

Fiorentina kini berada di tangga ke-10 dengan nilai 19 mata, ketinggalan 11 mata di kedudukan akhir zon Liga Juara yang diduduki Lazio.

Dari komposisi pemain, Fiorentina tidak memiliki pemain terkemuka namun Liga Itali sendiri bukanlah perlawanan asing untuk CR7 di mana beliau telah bermain di Juventus untuk tiga musim.