Wanita maut terjatuh dari tingkat 5 pusat beli-belah

Wanita maut terjatuh dari tingkat 5 pusat beli-belah

Kongsikan Berita Ini

SIBU – Seorang wanita warga asing ditemui meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 5 pusat beli-belah bangunan Wisma Sanyan, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian sekitar pukul 2.08 petang.

“Setibanya di lokasi kejadian, pihak polis mendapati mangsa terbaring di atas lantai tingkat bawah bangunan berkenaan.

“Mangsa yang berusia lingkungan 40 tahun berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zulkipli, mayat wanita tersebut telah dihantar ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sehubungan itu, pihak polis juga menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang berita yang boleh menimbulkan sebarang spekulasi.

— KOSMO! ONLINE