PRU15: Anda tak perlukan Kad Pengenalan pun untuk mengundi lihat ini caranya

PRU15: Anda tak perlukan Kad Pengenalan pun untuk mengundi lihat ini caranya

Kongsikan Berita Ini

PRU15: Anda tak perlukan Kad Pengenalan pun untuk mengundi, ini caranya. 19 November 2022 adalah hari Pilihan Raya Umum ke-15 dan hari rakyat Malaysia memilih kerajaan yang akan memerintah untuk penggal yang baharu. Seawal jam 8 pagi pintu pusat undi akan dibuka dan masing-masing akan memangkah calon pilihan yang akan mewakili Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Dokumen paling penting perlu anda bawa adalah yang membuktikan identity anda. Biasanya anda akan diminta untuk membawa Kad Pengenalan, iyalah rakyat Malaysia manakah yang tiada kad pengenalan? Jawapannya rakyat yang kehilangan Kad Pengenalan.

PRU15: Anda tak perlukan Kad Pengenalan pun untuk mengundi, ini caranya

Dalam situasi itu, apakah pilihan yang anda ada? Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, ada beberapa dokumen pengenalan diri lain yang boleh anda bawa sewaktu hari mengundi.

PRU15: Anda tak perlukan Kad Pengenalan pun untuk mengundi, ini caranya
Selain Kad Pengenalan, anda boleh bawa:

1. Passport

2. Lesen Memandu

3. Dokumen Pengenalan Sementara (JPN. KPPK09)

4. Resit Laporan Kehilangan Kad Pengenalan (JPN. KPPK11) (disahkan JPN).

Selain membawa dokumen pengenalan, adalah penting juga untuk mengetahui dimanakah pusat mengundi anda. Perkara ini mungkin mengelirukan bagi pengundi kali pertama terutamanya yang berumur 18 tahun. Anda boleh berbuat demikian di MySPR Semak.