UPKO TIDAK GUNA LOGO SENDIRI, USAH BICARA SOAL TUNTUT AUTONOMI SABAH? – JO-ANNA

UPKO TIDAK GUNA LOGO SENDIRI, USAH BICARA SOAL TUNTUT AUTONOMI SABAH? – JO-ANNA

Kongsikan Berita Ini

TUARAN: Calon Parti Warisan (Warisan) Tuaran, Jo-Anna Sue Henley Rampas mempersoalkan kebolehan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dalam menuntut hak-hak Sabah.

Timbalan Ketua Wirawati Parti Warisan (Warisan) itu berkata, jika logo sendiri terpaksa dikorbankan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini bagaimana mereka mahu menuntut hak autonomi Sabah.

“Pada PRU kali ini, UPKO cuma diberikan lima kerusi namun, semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Presiden Warisan membenarkan UPKO bertanding atas logo sendiri.

“Sekarang logo sendiri pun tidak boleh digunakan untuk bertanding jadi mampukah UPKO dapatkan hak autonomi Sabah, jika bendera sendiri tidak boleh digunakan,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Parlimen Tuaran malam tadi.

Menurut beliau, rakyat Tuaran harus bangkit jika ingin melihat perubahan berlaku di negara ini.

Sejarah telah buktikan bahawa negeri ini amat kaya dengan sumber alam namun, rakyat Sabah masih di bawah kepompong kemiskinan.

Jadi, pilihan raya kali ini rakyat di kawasan Parlimen itu perlu memastikan sokongan diberikan kepada Warisan yang benar-benar ikhlas memperjuangkan nasib dan hak rakyat Sabah.