Pasangan Malaysia Juara Terbuka Sukan Perancis

Pasangan Malaysia Juara Terbuka Sukan Perancis

Kongsikan Berita Ini

Beregu badminton wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah merangkul juara dalam Kejohonan Terbuka Perancis 2022 sebentar tadi.

Pingat emas dalam acara badminton itu berjaya diraih selepas mereka menewaskan wakil Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara 21-15 dalam saingan akhir.

Pearly-Thinaah menampilkan aksi penuh bertenaga seawal set pertama dengan kemenangan 21-19, namun pasangan itu dikalahkan pada set kedua 18-21 yang membawa kepada set penentuan dalam perlawanan yang berlangsung di Stade Pierre de Coubertin, Paris.

Bagaimanapun Malaysia berjaya memintas mata dengan kemenangan 21-15 pada set ketiga.

Ini merupakan gelaran kedua buat Pearly-Thinaah dalam Jelajah Dunia BMF selepas menjuarai Terbuka Switzerland, tahun lalu.

Semalam, media melaporkan Pearly-Thinaah berjaya mencipta sejarah selepas mereka berjaya melangkah ke separuh akhir menewaskan gandingan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee 21-13.

Difahamkan, pasangan beregu itu merupakan beregu wanita kedua dari Malaysia yang berjaya melangkah ke final kejohanan sejak diperkenalkan pada 1908.