Harta Mark Zuckerberg Tinggal Cuma RM 179.9 Bilion Je, Rugi RM 51 Bilion Selepas Pendapatan Meta Menurun

Harta Mark Zuckerberg Tinggal Cuma RM 179.9 Bilion Je, Rugi RM 51 Bilion Selepas Pendapatan Meta Menurun

Kongsikan Berita Ini

Kekayaan Mark Zuckerberg, 38, dilapor menjunam sebanyak $11 bilion (RM51.95 bilion) selepas Meta Platforms Inc. miliknya dilaporkan telah menjana pendapatan yang kurang memuaskan untuk dua penggal berturut-turut.

Ini sekali gus menyaksikan billionaire terkemuka dunia itu kerugian lebih daripada $100 bilion (RM472.25 bilion) hanya dalam tempoh 13 bulan.

Kekayaan bersih Zukerberg kini dianggarkan hanya $38.1 bilion (RM179.93 bilion), iaitu kejatuhan mendadak daripada $142 bilion (RM670.6 bilion) yang dicatatnya pada September 2021, menurut Bloomberg Billionaires Index.

Walaupun rekod menunjukkan ramai billionair merekodkan penurunan aset untuk tahun ini, namun Ketua Pegawai Eksekutif Meta itu mengalami kerugian paling besar dalam satu tempoh, berbanding kerugian-kerugian yang dicatatkan manusia-manusia terkaya yang lain.

Difahamkan, pendapatan Meta telah menurun sebanyak 4.5 peratus berbanding tahun lalu dan ia merupakan kejatuhan bagi penggal kedua berturut-turut. Pada masa yang sama juga, Meta memerlukan dana yang besar untuk mengembangkan program realiti mayanya, Metaverse.

Saham Meta telah dibuka 25 peratus lebih rendah di New York pada Khamis lalu . Harga stoknya pula dinilai kira-kira $100 (RM472.25), iaitu harga paling rendah sejak 2016, jika dibandingkan dengan harganya pada waktu puncak, $382 (RM1804).

“Saya faham bahawa ramai yang tidak bersetuju dengan pelaburan ini,”  Zuckerberg berkata mengenai fokus syarikat terhadap Metaverse.

Gambar hiasan | Kredit: Pixabay

Syarikat yang berpusat pada Menlo Park itu telah menukarkan namanya daripada Facebook kepada Meta pada tahun lalu. Beliau juga menegaskan bahawa ia merupakan perkara yang penting dan memanggilnya “asasnya penting untuk masa depan.”

Zuckerberg memegang lebih daripada 350 million saham di Meta, berdasarkan kenyataan proksi terkini syarikat tersebut.

Pada satu masa, beliau berada berada di tempat ketiga dan Indeks Kekayaan Bloomberg iaitu, hanya ketinggalan di belakang Jeff Bezos dan Bill Gates.

Namun situasi jauh berbeza, apabila Zukerberg kini hanya menduduki tangga ke-23 manusia terkaya di dunia setakat Rabu lepas.