rebut tempat duduk dalam kereta, kakak tikam adik hingga maut

rebut tempat duduk dalam kereta, kakak tikam adik hingga maut

Kongsikan Berita Ini

Berebut tempat duduk dalam kereta, kakak tikam adik hingga maut. Akibat berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah, seorang remaja lelaki maut dipercayai tertusuk pisau dibaling kakaknya di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, polis menerima panggilan berhubung kejadian pada 2.15 petang.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, kejadian berpunca daripada pergaduhan adik-beradik.

Menurutnya, ibu mangsa mendakwa mangsa berusia 16 tahun bergaduh dengan kakaknya berusia 18 tahun berikutan berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.

Katanya, kakak mangsa mengaku membaling pisau ke arah mangsa selepas dipersenda ketika masuk ke dalam rumah.

“Suspek ditahan dan perintah tahan reman akan dipohon.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada 2.30 petang hari ini.

“Bedah siasat akan dijalankan esok di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.