Ini Dia Lima Krisis Kewangan Dipercayai Paling Teruk Pernah Landa Dunia, No. 4 Ramai Rakyat Malaysia Tak Boleh Lupa

Ini Dia Lima Krisis Kewangan Dipercayai Paling Teruk Pernah Landa Dunia, No. 4 Ramai Rakyat Malaysia Tak Boleh Lupa

Kongsikan Berita Ini

Ini Lima Krisis Kewangan Dipercayai Paling Teruk Pernah Landa Dunia, No. 4 Ramai Rakyat Malaysia Tak Boleh Lupa

Ketua Pengarah Pertubuhan Perdangan Dunia (WTO) baru-baru ini mengeluarkan amaran bahawa dunia kini semakin menghampiri kemelesetan global. Malah Bank Dunia juga menjangkakan krisis ekonomi juga berkemungkinan berlaku pada 2023. Namun, hal seperti ini bukanlah pertama kali ia berlaku.

Memetik Britannica, krisis kewangan sudah berlaku sejak zaman dahulu lagi dan sudah dicatatkan dalam kitab sejarah hingga menyebabkan ‘tsunami’ terhadap ekonomi. 

Hari ini, Siakap Keli ingin berkongsi secara ringkas berkenaan lima krisis kewangan paling teruk yang pernah melanda dunia, paling dahsyat pada zaman moden yang dipetik daripada portal Britannica. Artikel berkenaan ditulis oleh Peter Bondarenko. 

Krisis Kredit 1772

Krisis ini bermula di London dan telah merebak ke seluruh pelusuk Eropah. Pada pertengahan tahun 1970, Empayar British telah mengumpul sejumlah besar kekayaan melalui perdagangan dan penguasaan kolonial mereka. Hal tersebut telah menimbulkan aura optimistik dan tempoh pengembangan kredit yang pesat oleh kebanyakkan bank British. 

Walau bagaimanapun, keterujaan tersebut secara tiba-tiba direntap pada 8 Jun 1772 apabila Alexander Fordyce, salah seorang rakan kongsi bank British Neal, James, Fordyce dan Down melarikan diri ke Perancis untuk mengelak dari membayar balik hutang-hutangnya. 

Berita tersebut tersebar dengan pantas dan mencetuskan rasa panik perbankan di England apabila para pemiutang berkumpul di depan bank-bank British untuk menuntut pengeluaran segera. Krisis tersebut kemudian merebak dengan sangat cepat hingga ke Scotland, Belanda, bahagian-bahagian lain di Eropah serta tanah jajahan British Amerika. 

Pakar sejarah telah mendakwa bahawa kesan ekonomi daripada krisis tersebut adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada protes Boston Tea Party dan Revolusi Amerika. 

Boston Tea Party, Gambar North Wind Picture Archives via Britannica

The Great Depression of 1929-39

Krisis kewangan dianggap yang paling buruk pernah berlaku pada abad ke-20. Ramai pihak percaya The Great Depression of 1929-39 berlaku selepas dipacu oleh kejatuhan pasaran saham Wall Street pada tahun 1929. Kemudian, ia dikeruhkan lagi oleh keputusan dasar kerajaan Amerika syarikat yang lemah. 

Krisis ini dilapor berlarutan selama 10 tahun dan menyebabkan orang ramai kehilangan punca pendapatan, kadar pengangguran yang tinggi serta kehilangan output, terutama di negara perindustrian. Di Amerika Syarikat, kadar pengangguran mencecah hampir 25 peratus pada kemuncak krisis tahun 1933. 

Gambar via Encyclopædia Britannica, Inc.

Kejutan harga minyak OPEC pada tahun 1973

Krisis ini bermula apabila negara-negara anggota OPEC (Organisasi Negara Pengeksport Petroleum) terutamanya negara-negara Arab yang memberikan tindak balas terhadap Amerika Syarikat yang telah menghantar bekalan senjata kepada Israel semasa Perang Arab-Israel Keempat. 

Negara-negara OPEC mengisytiharkan embargo minyak, sekaligus menjejaskan penghantaran bekalan minyak ke Amerika Syarikat dan negara sekutunya. Keadaan ini menyebabkan bekalan minyak global terganggu dan harga bahan bakar itu melonjak tinggi. Kesannya, Amerika Syarikat dan beberapa negara maju lain berdepan dengan krisis ekonomi.

Apa yang uniknya, krisis ini berlaku serentak dengan kadar inflasi yang melonjak naik ketika itu berpunca dari kenaikan harga bahan api (minyak) dan ekonomi terbantut. Disebabkan itu, pakar ekonomi menggelarkan tempoh berkenaan sebagai tempoh “stagflasi” (stagnation + inflasi).

Ia mengambil masa berapa tahun untuk pulih dan kadar inflasi turun kepada paras sepatutnya. 

Krisis Asia 1997

Krisis ini bermula di Thailand dan telah merebak dengan sangat cepat ke seluruh Asia Timur dan kawasan sekitar dagangannya.

Spekulatif modal dari negara maju mengalir ke ekonomi di negara-negara Asia Timur seperti Thailand, Indonesia, Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Korea Selatan telah mencetuskan era optimisme yang mengakibatkan penyaluran kredit yang berlebihan dan terlalu banyak pengumpulan hutang. 

Pada Julai 1997, kerajaan Thai terpaksa mengabaikan kadar pertukaran tetapnya berbanding dolar AS yang telah dikekalkan sejak sekian lama dengan alasan mereka telah kekurangan sumber mata wang asing. Hal tersebut telah mencetuskan gelombang panik di seluruh pasaran kewangan Asia. 

Difahamkan, ia telah mengambil masa bertahun-tahun untuk keadaan kembali normal dan Tabung Kewangan Antarabangsa terpaksa mengambil bahagian dengan menyediakan pakej keselamatan untuk membantu negara ekonomi terjejas tersebut. 

Gambar via Encyclopædia Britannica, Inc.

Krisis kewangan 2007-08

Krisis kewangan paling teruk selepas Kemelesetan Ekonomi Besar pada tahun 1929 dan telah mendatangkan malapetaka besar dalam pasaran kewangan di seluruh dunia.

Ia tercetus disebabkan keruntuhan gelembung perumahan di Amerika Syarikat, krisis tersebut telah menyebabkan kejatuhan Lehman Brothers (salah satu bank pelaburan terbesar di dunia), membawa banyak institusi kewangan dan perniagaan utama ke ambang kehancuran.  

Menurut Britannica, ia telah mengambil masa hampir sedekad untuk keadaan kembali normal menghapuskan berjuta-juta pekerjaan dan berbilion dolar pendapatan sepanjang tempoh tersebut. 

Sumber: Britannica