Ini Amaran! MetMalaysia jangka lebih 10 juta rakyat Malaysia bakal terkesan banjir akhir tahun ini

Ini Amaran! MetMalaysia jangka lebih 10 juta rakyat Malaysia bakal terkesan banjir akhir tahun ini

Kongsikan Berita Ini

Amaran! MetMalaysia jangka lebih 10 juta rakyat Malaysia bakal terkesan banjir akhir tahun ini. BERSEDIA! Itu yang boleh dikatakan apabila Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan 10 juta rakyat Malaysia akan mengalami banjir hujung tahun ini.

Lebih 10 bulan lalu, warga Shah Alam, Selangor berdepan bencana banjir terburuk dalam masa lebih 25 tahun. Banyak rumah musnah dan kebanyakannya tidak bersedia untuk bencana itu.

Paras air melepasi bumbung di beberapa kawasan perumahan dan bot penyelamat diperlukan untuk menyelamatkan mangsa di kawasan terjejas.

Banjir pada hujung tahun lalu telah memberi kesan kepada lapan buah negeri dengan lebih 70,000 kehilangan tempat tinggal serta mencatatkan kerugian kira-kira 6.1 bilion.

Mangsa yang terjejas berkongsi keperitan berhadapan bencana banjir dengan sebahagian daripada mereka masih trauma dan sehingga kini ada yang belum pulih sepenuhnya dengan terus berusaha membaiki rumah dan harta benda terjejas.

Bagaimanapun, MetMalaysia baru-baru ini mengeluarkan ramalan yang menyebut musim banjir sudah tiba dan berkemungkinan akan kekal sehingga awal tahun depan.

Musim tersebut berkemungkinan besar akan menjejaskan lebih 10 juta rakyat Malaysia dan musim banjir mungkin bakal melanda bermula bulan November hingga Januari 2023.

Berdasarkan ramalan itu, MetMalaysia menyebut negeri-negeri yang bakal terjejas adalah seperti berikut:

-Kelantan (1.8 juta orang)
-Terengganu (1.2 juta orang)
-Johor (4 juta orang)
-Pahang (1.6 juta orang)
-Sebahagian Sarawak (2.5 juta orang)
-Kawasan tersebut akan terjejas oleh musim monsun atau musim tengkujuh dan berkemungkinan besar akan mengalami hujan lebat berterusan.

elain itu, MetMalaysia juga menyebut negeri-negeri berikut mungkin akan turut dilanda banjir akibat perubahan cuaca;

-Selangor
-Kuala Lumpur
-Bahagian utara Kedah