Demi untuk bayar hutang, ibu tunggal paksa anak melakukan hubungan seks dengan ramai lelaki

Demi untuk bayar hutang, ibu tunggal paksa anak melakukan hubungan seks dengan ramai lelaki

Kongsikan Berita Ini

Demi untuk bayar hutang, ibu tunggal paksa anak melakukan hubungan seks dengan ramai lelaki.

Tergamaknya seorang ibu memaksa anaknya yang masih remaja melakukan perbuatan terkutuk demi untuk kepentingan dirinya sendiri.

Itu yang berlaku terhadap seorang remaja perempuan yang berjaya diselamatkan dan dibawa ke pusat perlindungan selepas seorang pekerja sosial membuat laporan tentang hal yang terjadi.

Ibu remaja tersebut didakwa telah memaksa anak gadisnya berusia 17 tahun itu melakukan hubungan seks dengan ramai lelaki untuk membayar hutangnya.

Lebih teruk lagi, remaja itu mendakwa dipaksa oleh ibunya pada awal tahun 2022 untuk tidur dengan seorang penyewa berusia 60 tahun.

Difahamkan, ibu itu dan anak perempuaannya tinggal di kawasan yang sama dengan beberapa orang lelaki yang meminjamkan wang kepada mereka.

Malangnya, sebahagian daripada pinjaman yang diambil adalah atas nama remaja terbabit.

Menerusi satu screenshot, ibu remaja itu dilaporkan berhutang dengan seorang lelaki antara RM4,062 hingga RM5,562 pada Februari dan Mac tahun ini.

Menurut pekerja sosial di pusat perlindungan yang membuat laporan itu, remaja berkenaan mudah terpedaya dan mengikut arahan kerana lembam.

Sebelum ini, ibunya pernah setuju anak perempuannya dibawa ke pusat perlindungan asalkan diberikan pendidikan, keselamatan dan lawatan yang dijadualkan pada Oktober tahun depan.

Namun, dia kemudian ingkar dengan perjanjian dibuat dan cuba berjumpa dengan anaknya beberapa kali. Malah, dia turut membawa ah long ke pusat perlindungan dan menuduh pekerja di sana telah menculik anaknya.

Disebabkan itulah, pekerja sosial tersebut bertindak menemani remaja tersebut membuat laporan polis pada 20 September baru-baru ini.

Demi untuk bayar hutang, ibu tunggal paksa anak melakukan hubungan seks dengan ramai lelaki

Susulan itu, pihak berkuasa telah menahan seorang lelaki berusia 57 tahun kerana disyaki merogol gadis bawah umur.

Sementara itu, gadis berkenaan dikatakan enggan kembali semula kepada ibunya.