‘Kuatkan Rumah Sendiri Dahulu’, Pemimpin Warisan Enggan Jadi Pengemis Dalam Gabungan

‘Kuatkan Rumah Sendiri Dahulu’, Pemimpin Warisan Enggan Jadi Pengemis Dalam Gabungan

Kongsikan Berita Ini

KOTA KINABALU : Warisan tidak mahu menjadi sekadar penumpang atau pengemis dalam gabungan bakal dibentuk untuk berdepan pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata presidennya Shafie Apdal.

Beliau mengakui menerima banyak permintaan untuk menjalinkan kerjasama, namun pihaknya terlebih dahulu mahu memperkuatkan partinya yang diibaratkan sebagai sebuah rumah.

“Tak ada ertinya kita bergabung dalam keadaan parti masih belum mantap.

“Kita tak nak menumpang kepada parti-parti lain seakan-akan kita mengemis hingga akhirnya timbul masalah di kemudian hari,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Warisan yang berasal dari Sabah meluaskan sayapnya secara rasmi ke Semenanjung pada Disember lalu.

Parti itu meletakkan enam calon pada pilihan raya negeri Johor, Mac lalu yang semuanya kalah. – FMT