Minta Rasuah – SPRM Sabah Tahan Pegawai Badan Berkanun Persekutuan

Minta Rasuah – SPRM Sabah Tahan Pegawai Badan Berkanun Persekutuan

Kongsikan Berita Ini

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang pegawai sebuah Badan Berkanun Persekutuan sebuah kementerian kerana dipercayai meminta rasuah berjumlah kira-kira RM22,000 daripada seorang pemilik syarikat.

Ia sebagai dorongan supaya syarikat itu diberikan kerja-kerja berkaitan pembersihan tanah.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 33 tahun yang sebelum ini pernah bertugas di sebuah daerah di Sabah ditahan di pejabat SPRM Kota Kinabalu, kira-kira jam 12.30 tengahari tadi.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S.Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Katanya, suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, Sabah dalam tempoh terdekat.