Bidan Didakwa Cuai, Bapa Terpaksa Saksikan Kepala Bayinya Putus & Tertinggal Dalam Perut Isteri Ketika Dilahirkan

Bidan Didakwa Cuai, Bapa Terpaksa Saksikan Kepala Bayinya Putus & Tertinggal Dalam Perut Isteri Ketika Dilahirkan

Kongsikan Berita Ini

Bidan Didakwa Cuai, Bapa Terpaksa Saksikan Kepala Bayinya Putus & Tertinggal Dalam Perut Isteri Ketika Dilahirkan

Kepala seorang bayi perempuan dilaporkan telah terputus ketika dilahirkan di sebuah pusat kesihatan di Gajah Mada, Indonesia baru-baru ini.

Memetik laporan Detik.com, kejadian itu disaksikan sendiri oleh bapa bayi tersebut ketika proses bersalin. Dakwanya, kepala anaknya putus dan tertinggal di dalam perut isterinya.

Menurut peguam keluarga itu, bapa mangsa terkejut apabila melihat darah memancut keluar ketika kejadian tersebut berlaku.

Dalam pada itu, isterinya segera dibawa ke hospital tempatan untuk mendapatkan rawatan perubatan bagi mengeluarkan kepala bayi yang tertinggal di dalam perut.

Keluarga mangsa yang kecewa dengan kejadian ini mengesyaki bahawa tiga orang bidan di pusat kesihatan telah melakukan kecuaian.

“Kami mengesyaki bahawa ia adalah salah laku kerana bayi itu berada di dalam keadaan songsang, jadi doktor yang sepatutnya mengendalikan proses bersalin itu, bukannya bidan,” kata peguam keluarga itu.

Sementara itu, Ketua Pusat Kesihatan Gajah Mada, Marlina, tidak menafikan kejadian itu dan mengesahkan bahawa pasukan pakar sedang menyiasat punca kejadian tersebut.

“Saya tidak boleh cerita banyak lagi. Pasukan audit dan pasukan pakar sudah dikerah jalankan siasatan,” katanya.

Sumber: Detik.comMerdeka.com