Wanita panik, tiga hari terkunci dalam tandas di rumah sendiri

Wanita panik, tiga hari terkunci dalam tandas di rumah sendiri

Kongsikan Berita Ini

Wanita panik, tiga hari terkunci dalam tandas rumah sendiri. Seorang wanita menarik nafas lega apabila dia diselamatkan selepas tiga hari terperangkap di dalam tandas di rumah sendiri, lapor laman berita Coconut News hari ini.

Insiden berlaku di Phra Khanong apabila mangsa gagal keluar dari tandas kerana tombol pintu rosak.

Sepanjang tiga hari ‘terpenjara’, wanita itu memberitahu, dia mungkin akan mati sekiranya kakaknya tidak membuat laporan orang hilang di balai polis.

“Ia satu pengalaman yang mengerikan, saya terpaksa minum air mangkuk tandas untuk kekal hidrasi.

“Jika air itu habis, mungkin saya akan mati,” kata wanita itu.

Kakak wanita itu menghubungi polis malam Khamis lalu selepas tidak mendengar khabar daripada adiknya sejak Isnin lepas.

Kakaknya membawa pihak berkuasa ke rumah mangsa dan membongkar situasi sebenar.

Meskipun wanita itu kelihatan dalam keadaan sihat, polis menasihatkan keluarganya untuk membawa mangsa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. – Agensi