Rumah Tumpangan Di Kg Ganang Musnah Terbakar

Rumah Tumpangan Di Kg Ganang Musnah Terbakar

Kongsikan Berita Ini

KOTA KINABALU, SABAH – Pasukan Bomba sempat mengawal api daripada terus merebak selepas ia memusnahkan sebuah rumah sewa dalam satu kebakaran di Kampung Ganang, Kepayan petang semalam.

Terdapat 24 bilik dalam struktur dua tingkat jenis separuh kekal terlibah yang dikatakan menampung lebih 70 orang penghuni.

Seramai 17 anggota dan pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu diketuai PPgB Mohd Hanis Mokhtar bertindak susulan laporan 5.26 petang itu

“Operasi pemadaman menggunakan 3 aliran 300 kaki 6 pancutan sumber air dari tangki jentera dan pili bomba berhampiran.

“TIADA KECEDERAAN DAN KEMATIAN MANGSA DILAPORKAN…

“Kebakaran berjaya dikawal daripada merebak ke 5 buah rumah berhampiran pada jam 5.58 petang,” katanya sambil menambah operasi tamat pada jam 10.13 malam.