Dua Warga Sabah Gagal Hidup Semula Saman Terhadap Hadi

Dua Warga Sabah Gagal Hidup Semula Saman Terhadap Hadi

Kongsikan Berita Ini

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menolak permohonan dua warga Sabah untuk menghidupkan semula saman yang difailkan terhadap Presiden PAS Abdul Hadi Awang atas dakwaan serangan terhadap penganut Kristian.

Hakim Vazeer Alam Mydin Meera berkata, panel tiga hakim membuat kesimpulan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi tahun lepas tidak secara nyata salah di sisi undang-undang.

“Kami bersetuju dengan Mahkamah Tinggi bahawa dua deklarasi yang dimohon (dua warga Sabah itu) tidak mampan sepenuhnya dan harus dibatalkan,” kata Vazeer, yang bersidang bersama Supang Lian dan Ghazali Cha.

Bagaimanapun, mahkamah mengetepikan kos punitif RM50,000 yang dikenakan ke atas Maklin Masiau dan Lawrence Jomiji Kinsil @ Maximilhian.

“Terdapat merit dalam rayuan (berhubung kos) kerana tiada asas untuk memberikannya,” katanya.

Mahkamah hanya memerintahkan kedua-duanya membayar RM10,000 kepada Hadi sebagai kos untuk prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

BERITA LANJUT AKAN MENYUSUL