Gempa Bumi Lemah Terjadi di Kundasang

Gempa Bumi Lemah Terjadi di Kundasang

Kongsikan Berita Ini

KUNDASANG : Gempa bumi lemah direkodkan berlaku di Kundasang, Sabah pada 7.27 pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) gempa dikesan di kedudukan 13 kilometer (km) dari barat laut Ranau, pada kedalaman 10 km.

Katanya, gegaran turut dirasai di sekitar Kundasang dan Ranau.

“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini.

“Sesiapa yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini diminta mengisi borang soal selidik di pautan ini https://forms.gle/1Yq2EoxSx5azJ87t9,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook MetMalaysia, hari ini.

Untuk rekod, gempa bumi lemah pernah dilapor berlaku di Kundasang pada 26 April lalu, namun tidak menyebabkan sebarang kerosakan mahupun kecederaan.