Satu Mayat Wanita Reput Ditemukan Di Pondok Usang Di Manggatal

Satu Mayat Wanita Reput Ditemukan Di Pondok Usang Di Manggatal

Kongsikan Berita Ini

KOTA KINABALU : Mayat wanita tanpa identiti ditemukan dalam keadaan reput di bahagian tangan, kepala dan kaki, di pondok usang di belakang sebuah stesen minyak di Jalan Tuaran, Manggatal, Kota Kinabalu, hari ini.

Lebih menyayatkan, mayat wanita dianggarkan lingkungan 50-an sudah mengalami kembung di bahagian perut ketika ditemui dalam keadaan terbaring.

Ketua Polis Kota Kinabalu Mohd Zaidi Abdullah, berkata mayat ditemukan pada 10.15 pagi.

“Berdasarkan keadaan mayat, kematian dipercayai berlaku melebihi tiga hari dan polis percaya pondok usang berkenaan dijadikan sebagai tempat tinggal wanita itu sebelum dia ditemukan mati.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian tiada sebarang unsur perbuatan jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya menurut Sinar Harian.

Katanya, hasil temu bual dengan penduduk mendakwa tidak mengenali mangsa dan siasatan diteruskan bagi mengetahui identiti dan keluarga mangsa.