SELEPAS KANTOI FITNAH KETUA MENTERI SABAH, PEMIMPIN WARISAN SEGERA PADAM HANTARAN DI FB | Sabah News

SELEPAS KANTOI FITNAH KETUA MENTERI SABAH, PEMIMPIN WARISAN SEGERA PADAM HANTARAN DI FB | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

KOTA KINABALU, SABAH – Pihak Polis diminta segera menangkap dan mendakwa pemimpin parti Warisan Sabah kerana MEMFITNAH Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Menurut Gabungan NGO Bebas Suara, pemimpin Warisan bernama ‘Cliff Richard’ telah memadam hantaran jahat memfitnah Ketua Menteri Sabah melalui laman sosial Facebook miliknya selepas sahaja portal Sabahnews menyiarkan kenyataan kecaman kami kepada Cliff.

Tangkap layar (screenshot) daripada portal Sabah News yang menyiarkan kenyataan kecaman kepada Cliff kerana MEMFITNAH Ketua Menteri Sabah pada 5 Ogos baru-baru ini…

“Nampak sangat Cliff tahu dia telah memfitnah dan melakukan kesalahan besar oleh sebab itu dia cepat bertindak memadam hantaran fitnah tersebut.”

Cliff Richard juga dikenali orang kanan kepada ADUN Kudat, Ben Chong pada 05 Ogos lalu telah memfitnah Ketua Menteri Sabah dengan menuduhnya sebagai tali barut kepada Semenanjung Malaysia dan ‘Bapa Signboard’.

Tangkap layar (screenshot) yang dimuat naik oleh pemimpin parti Warisan melalui akaun Fb ‘Cliff Richard’ pada 5 Ogos baru-baru ini yang telah memfitnah Ketua Menteri Sabah dengan menuduhnya sebagai tali barut kepada semenanjung Malaysia dan ‘Bapa Signboard’…

NGO BEBAS SUARA berkata: “walaupun kami tidak ingin mencampuri urusan politik tetapi fitnah jahat oleh pimpinan Warisan ini perlu dijawab dengan bukti agar rakyat tidak tertipu.

“Sebelum ini kami telah memberikan jawapan kepada fitnah ini kononnya Hajiji adalah tali barut kepada semenanjung dalam masa yang sama Hajiji telah bertindak berani dengan menubuhkan GRS (Gabungan Rakyat Sabah) sekaligus tidak lagi menggunakan Perikatan Nasional.”

“Pada bulan Jun 2021 semasa PKP walaupun terpaksa bertengkar dengan Kerajaan Persekutuan Hajiji tetap bertegas membuka sektor restoran lebih awal untuk ‘dine-in’ (makan di dalam) untuk memberikan ruang kepada ribuan anak-anak Sabah termasuk pengusaha restoran untuk mencari rezeki,” kata BEBAS.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor pada 28 Jun dalam satu kenyataan media rasmi mengumumkan untuk membenarkan beberapa aktiviti sosial dan ekonomi beroperasi semula sepanjang dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0…

Tindakan Hajiji tersebut turut disokong oleh seluruh rakyat Sabah sehingga kempen ‘We Stand With CM’ dan ‘Rumah Kita,Kita Jaga’ telah dilancarkan bagi menyokong Hajiji.

Rakyat Sabah turut melancarkan kempen ‘We Stand With CM’ dan ‘Rumah Kita, Kita Jaga’ selepas Hajiji membuat keputusan berani melonggarkan sektor ekonomi di Sabah walaupun mendapat tentangan beberapa Kementerian Persekutuan…
Masyarakat Cina turut memasang sepanduk “We Stand With CM” di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu…

Menjawab fitnah Cliff dengan tuduhan Hajiji sebagai ‘Bapa Signboard’ pula, jawapan BEBAS sebelum ini adalah: “memang betul Hajiji adalah Bapa Signboard di Sabah dengan slogan ‘Sabah Maju Jaya’ tetapi adakah ungkapan ayat ini salah?”.

“Slogan ‘Sabah Maju Jaya’ ini adalah merupakan harapan agar ianya akan menjadi suntikan motivasi kepada kerajaan termasuk rakyat Sabah untuk terus berganding bahu memajukan negeri Sabah berbanding dengan slogan ‘Sabah Kita Punya’ yang dibangga-banggakan oleh kepimpinan serta ahli-ahli Parti Warisan Sabah sebelum ini…

Antara papan tanda (signboard) dengan slogan ‘Sabah Maju Jaya’ diletakkan pada sekitar bandaraya Kota Kinabalu…

“Sebagai bukti, rekod menunjukkan kerajaan GRS dan BN telah berjaya membawa masuk nilai pelaburan mencecah sehingga 18 billion ringgit ke Sabah,” BEBAS berkata lagi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (berdiri, tiga dari kiri) menyaksikan majlis menandatangani MoU diantara Kerajaan Negeri pelabur dari China-SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn. Bhd.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mendengar taklimat semasa meninjau perkembangan pelaburan SK Nexilis di KKIP…

“SEBALIKNYA SEPANJANG 26 BULAN SHAFIE APDAL DAN PARTI WARISAN MENTADBIR NEGERI SABAH, TIDAK ADA SATU PUN SYARIKAT LUAR NEGARA YANG BERJAYA MELABUR DI SABAH WALAUPUN TELAH MENANDATANGANI BANYAK MOU DENGAN SYARIKAT-SYARIKAT DI LUAR NEGARA.”

Shafie pada April 2019 mengesahkan pelabur akan melabur sebanyak 20 billion di Sabah namun sehingga kini belum.ada satu pun pelabur berjaya datang ke Sabah…(Sumber foto dipetik daripada Berita Harian Online)…
Shafie Apdal digelar Bapa Pengumuman Sabah selepas gagal membawa pelabur ke Sabah walaupun banyak pengumuman telah dibuat kononnya pelabur akan melabur ke Sabah…(Sumber foto ihsan BH Online)

“Malahan yang lebih menyedihkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah turut telah jatuh menjunam di paras paling rendah iaitu 0.5 walaupun asalnya pada kadar tersebut berada pada paras 8.2 peratus,” jelas BEBAS.

Data rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Rekod pentadbiran ekonomi Sabah dibawah pentadbiran Datuk Seri Shafie Apdal berjaya menjunamkan kadar pertumbuhan KDNK Sabah dari 8.2% (paling tertinggi diantara semua negeri) pada tahun 2017 ke 1.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2018 dan turun lagi ke 0.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2019…

Justeru NGO BEBAS SUARA berharap agar pihak Polis dan Jabatan Peguam Negara segera bertindak menangkap dan mendakwa Cliff Richard bagi menghentikan budaya fitnah yang semakin tidak terkawal oleh pemimpin Warisan termasuk ahli-ahlinya.

“Apabila ada pemimpin Warisan yang didakwa kemungkinan besar pimpinan Warisan dan ahli-ahlinya akan takut untuk membuat fitnah sekaligus budaya politik matang akan berlaku di Sabah,” tambah BEBAS lagi.