PETER ANTHONY DILEPASKAN KES PEMALSUAN, PECAH AMANAH

PETER ANTHONY DILEPASKAN KES PEMALSUAN, PECAH AMANAH

Kongsikan Berita Ini
Datuk Peter Anthony…

KOTA KINABALU, SABAH – Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony dilepaskan daripada lima pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan berjumlah RM8.75 juta dan kerana bersubahat dengan seorang peguam dalam melakukan pecah amanah jenayah.

Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat melepaskan Peter daripada semua pertuduhan apabila pihak pendakwaan memaklumkan mahkamah bahawa terdapat perkembangan baharu dalam kes itu pada Selasa…

Pihak pendakwaan memaklumkan bahawa surat representasi yang dikemukakan Peter sebelum ini telah diterima oleh Ketua Peguam Negara yang meminta Peter dilepaskan tanpa dibebaskan, bermaksud beliau boleh dipanggil semula ke makhamah untuk perbicaraan.