Dr. Joachim Lawat Kilang IR4.0 Di Selangor

Dr. Joachim Lawat Kilang IR4.0 Di Selangor

Kongsikan Berita Ini
Dr. Joachim (lima dari kanan) menyampaikan cendera kenangan kepada Pengurus Besar Hexa Food Sdn Bhd, Gary Gan. ..

SELANGOR – Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian (MID), Datuk Dr. Joachim Gunsalam telah melawat kilang memproses makanan Hexa Food Sdn. Bhd., Shah Alam dalam lawatan kerjanya di sini pada Isnin.

​L​awatan ​itu bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut aktiviti industri yang dijalankan oleh kilang dan teknologi yang boleh dikongsikan bersama ​kepada​ kilang-kilang ​yang terlibat dalam industri yang sama di Sabah…

Beliau bersama rombongannya telah diberikan taklimat mengenai operasi syarikat tersebut.

Dr. Joachim (kir) mendengar penerangan yang diberikan oleh kakitangan kilang Hexa Food Sdn Bhd…

Presiden Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) Sabah, James Ha yang turut serta dalam lawatan itu berkata, Hexa Food merupakan sebuah syarikat yang melaksanakan teknologi Industrial Revolution 4.0 (IR4.0).

“Kita ingin melihat bagaimana IR4.0 mengurus dan membantu syarikat ini daripada permulaan yang sederhana kepada syarikat pengeluaran automatik terkini yang memenuhi pasaran domestik dan eksport,” katanya.

Hexa Food Sdn​.​ Bhd​.​ ialah sebuah syarikat pengeluar makanan tempatan​ yang mengeluarkan lebih seratus jenis rempah ratus, herba, perasa, pracampuran sedia untuk dimasak dan bahan perapan.

Dr. Joachim mengucapkan terima kasih kepada kakitangan MID dengan kerjasama FMM kerana telah menjayakan lawatan kerja ini.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Invest Sabah Berhad, Datuk Madiyem Layapan; CEO POIC Sabah Sdn Bhd, Datuk Fredian Gan; Pengarah Urusan Sabah Ports Sdn Bhd, Datuk Ng Kiat Min; Presiden FSI, Richard serta pegawai-pegawai MID.