Peserta Dewi Remaja kena kutuk kaw-kaw Oleh Netizen “muka macam lelaki pun ada..”

Peserta Dewi Remaja kena kutuk kaw-kaw Oleh Netizen “muka macam lelaki pun ada..”

Kongsikan Berita Ini

Peserta Dewi Remaja kena kutuk kaw-kaw, “muka macam lelaki pun ada..” “Rasanya tak cantik sangat kalau nak dibandingkan dengan Neelofa, Anzalna dan Izara Aishah, jauhlah sangat!”

Itu antara komen yang ditinggalkan netizen di ruang komen Facebook Media Hiburan menerusi entri peserta Dewi Remaja 2022 anjuran majalah Remaja.

Salah seorang peserta Dewi Remaja 2022, Tracie Sinidol yang ditemui berkata, dia dan rakan-rakan yang lain sudah biasa berhadapan dengan komen-komen negatif sepanjang terlibat dalam pertandingan ini.

Malah, Tracie yang mewakili finalis lain memilih untuk terus fokus dengan pencarian Dewi Remaja 2022 hingga ke malam kemuncaknya.

“Kalau saya, saya cuma ambil (baca) yang betul, mana yang tidak betul itu saya abaikan sahaja sebab kita tidak dapat puaskan hati semua orang, semua orang boleh berkata apa sahaja.

Peserta Dewi Remaja kena kutuk kaw-kaw, "muka macam lelaki pun ada.."

“Jika mereka berada di tempat kami, baru mereka tahu macam mana (usaha) kami.

“Kalau boleh janganlah bagi komen-komen yang negatif sebab kalau kita bagi komen-komen sebegitu, nanti kalau ada orang yang nak join dewi untuk musim akan datang, mereka akan rasa takut.

“Mereka akan rasa tidak yakin dengan diri mereka, takut berhadapan dengan kecaman-kecaman. Sepatutnya kita sebagai masyarakat perlu saling menyokong.

“Definisi kecantikan itu bukan sekadar wajah sahaja, ia juga dari dalaman, cara berfikir serta cara kita layan orang,” katanya kepada MH.

Tracie, 21, yang berasal dari Tambunan, Sabah ini sebelum ini pernah menjadi tular susulan wajahnya yang dikatakan seiras pelakon, Mira Filzah.

Mengidolakan juara Dewi Remaja 2005/2006, Scha Alyahya, Tracie berimpian untuk bergelar seorang pelakon dan pengacara selepas ini.

“Saya ingin melebarkan lagi sayap sebagai seorang pelakon, sebelum ini saya banyak berlakon dengan penerbitan drama budaya di Sabah.

“Menerusi Dewi Remaja kali ini, saya berharap orang ramai dapat melihat potensi dalam diri saya,” ujarnya yang pernah menyertai pertandingan Ratu Cantik Sabah, Unduk Ngadau pada tahun lalu.

Dewi Remaja 2022 ditayangkan di Astro Ria saluran 104 pada setiap Sabtu, jam 9 malam. Ia dihoskan oleh pelakon Fikry Ibrahim.

Sementara itu, finalis Dewi Remaja 1994/1995, pelakon popular, Rozita Che Wan pula berperanan sebagai juri tetap program tersebut.

Pertandingan Dewi Remaja telah melahirkan ramai bakat-bakat hebat selebriti tanah air seperti Aleeza Kasim, Juliana Banos, Scha Alyahya, Neelofa, Anzalna, Izara Aishah, Raysha Rizrose, Shaza Bae dan Anna Jobling.