ZAHID TELAH CUBA LARI DARI PENYELEWENGAN DANA PROJEK LCS

ZAHID TELAH CUBA LARI DARI PENYELEWENGAN DANA PROJEK LCS

Kongsikan Berita Ini

KUALA LUMPUR – Ketika menjadi Menteri Pertahanan pada tahun 2011, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi didakwa meluluskan projek kapal tempur pesisir (LCS) bernilai lebih RM6 bilion.

Namun sehingga ke hari ini, tidak ada satu buah kapal yang mampu dihasilkan daripada pelaburan itu, lapor Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)…

Isu berkenaan timbul apabila PAC baru-baru ini mengumumkan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek berkenaan selepas siasatan selama dua tahun.

Rumusan berkenaan mendedahkan bahawa kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada BNS bagi projek runding terus itu yang sepatutnya diterima bulan ini.

Zahid dalam satu kenyataan berkata tidak wajar menuding jari kepadanya berkait isu kegagalan perolehan LCS.

“Saya bukan Menteri Pertahanan ketika projek itu diberikan dan hanya memegang portfolio berkenaan dalam tempoh April 2009 hingga Mei 2013…

“Mereka yang terbabit dalam kegagalan perolehan LCS perlu menjelaskan kepada PAC,” kata Bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong yang juga Bekas Timbalan Menteri Pertahanan tidak menerima alasan itu sebaliknya menyeru agar Zahid jangan cuba lari daripada tanggungjawab.

“Projek LCS diluluskan oleh Ahmad Zahid selaku Menteri Pertahanan pada tahun 2011 dan beliau bertanggungjawab di atas penyelewengan dana dan kegagalan projek LCS yang berlaku.

“Beliau mesti jawab kepada rakyat sekarang juga. Jangan lari,” katanya di Facebook…

Selain itu, kajian daya maju oleh kerajaan terhadap BNS gagal mengesan masalah kewangan syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) yang diamanahkan projek berkenaan.

Ia dilaporkan bahawa kerajaan terpaksa membayar pendahuluan RM1.36 bilion kepada BNS, bertentangan dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2007 yang berkuat kuasa ketika itu.