Pemergian Dayang Mahani Satu Kehilangan Besar – Bung

Pemergian Dayang Mahani Satu Kehilangan Besar – Bung

Kongsikan Berita Ini
IMBAS KENANGAN..Bung menolak kerusi roda Allahyarhamah Datuk Dayang Mahani semasa beliau melakukan kunjungan hormat kepada Bung di Pejabat Kementerian Kerja Raya Sembulan Bulan may tahun lepas…

KOTA KINABALU, SABAH – Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin (gambar) menyifatkan pemergian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Lumadan Datuk Dayang Mahani Pengiran Ahmad Raffae sebagai kehilangan besar dalam perjuangan khususnya dalam bidang politik di negeri ini.

Katanya, Allahyarhamah bukan sahaja seorang tokoh politik yang berpengalaman malah turut menyumbang kepada aspek pembangunan dan kemajuan Sabah semasa beliau dilantik menjawat jawatan sebagai Menteri Kerja Raya.

Menurut Bung yang juga Ketua Umno Sabah beliau mengenali rapat Allahyarmah sebagai rakan seperjuangan dalam bidang politik bermula dari era Usno sehingga Umno mengembangkan sayapnya dan turut mengakui banyak ilmu politik yang dipelajarinya dari Allahyarhamah.

“Mendapat perkhabaran sedih di atas pemergian Allahyrahmah ,mewakili Umno Sabah, saya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyaramah dan mendoakan semoga mereka sabar serta tabah menghadapi dugaan ini” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini kemarin.

Menurut Bung dalam arena politik, Allahyarhamah yang dikenali sebagai pemimpin wanita yang lantang bersuara dan mereka pernah berjuang bersama dalam USNO yang diketuai oleh Allahyarham Tun Datuk Haji Mustapa Datu Harun sebagai presiden.

Allahyarhamah Datuk Dayang Mahani Pengiran Ahmad Raffae dilaporkan meninggal dunia pada pukul 10.30 Jumaat malam lepas dimana difahamkan sebelum itu beliau sedang mendapatkan rawatan dan memerlukan bekalan darah A di Hospital Gleneagels Kota Kinabalu dan menghembuskan nafas terakhir di hospital yang sama

Menurut sumber ahli keluarga terdekat, jenazah Allahyarham dibawa pulang ke rumah di Luyang untuk diurus dan disembahyangkan di Masjid Jamek Likas pada 10 pagi dikebumikan di tanah perkuburan Islam kampung Likas

Untuk rekod, Dayang Mahani pertama kali mewakili DUN Lumadan pada tahun 1986 atas tiket parti USNO setelah menewaskan Rashid Gador daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) dengan kelebihan majoriti sebanyak 3,737.

Anak kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-2, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Pengiran Ahmad Raffae itu berjaya mempertahankan kerusi DUN Lumadan selama tiga penggal sehingga tahun 1999 sebelum digantikan oleh Sarinum Sadikun daripada UMNO.

Dayang Mahani yang meninggal pada usia 71 tahun pernah menyandang jawatan sebagai Menteri Kerja Raya Sabah, selain pernah menjadi Ketua Wanita Umno Sabah pada tahun 2000 hingga 2004.

Antara Pemimpin turut hadir menziarahi jenazah Allahyarhamah di masjid Jamek kampun Likas termasuklah Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Haji Mohd Arifin Arif, Speaker DUN Sabah Datuk Haji Kadzim M.Yahya, Timbalan Speaker Datuk Ahmad Abd Rahman mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk KY Mustapa dan rakan seangkatan Allahyarhamah Datuk Amir Kahar Tun Mutapa.