Anak Dihanyutkan Kepala Air Di Sook

Anak Dihanyutkan Kepala Air Di Sook

Kongsikan Berita Ini

SOOK, SABAH – Seorang bapa melihat anak lelakinya hanyut dalam kejadian kepala air di sungai berhampiran kilang kayu Borneon Timber, di Tulid sini, pada malam Jumaat.

Pasukan penyelamat kini sedang menjalankan usaha mencari dan menyelamat untuk mangsa berumur 17 tahun, Kenn Mohd Alfiandar, susulan insiden 7 malam itu.

Menurut maklumat daripada bapa mangsa, Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata kejadian tersebut berlaku semasa mereka berempat sekeluarga termasuk seorang lagi anak dan anak buahnya cuba menyeberangi sungai.

“Namun secara tiba-tiba berlakunya kejadian kepala air…

“Tiga orang daripada mereka termasuk bapa mangsa dilaporkan selamat manakala seorang anaknya dihanyutkan sungai deras dan hilang,” katanya.

Tambahnya, operasi ditangguhkan pada jam 6.30 petang tadi (Sabtu) dan akan disambung pada esok pagi.