Turun 48 Kes COVID-19, Sabah Kembali Catat Bawah Paras 300 | Sabah News

Turun 48 Kes COVID-19, Sabah Kembali Catat Bawah Paras 300 | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes harian yang direkodkan hari ini ialah 267 kes, 48 kes lebih rendah daripada jumlah semalam.

Faktor yang menyebabkan penyusutan besar kes positif hari ini terbit daripada angka sampel ujian yang jauh lebih rendah.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata jumlah sampel ujian semalam ialah 3,003 tetapi hari ini cuma berjumlah 2,522.

“Malah kadar positiviti hari ini (11.92 peratus) lebih tinggi daripada kadar kelmarin (11.16 peratus)…

“Sekiranya angka sampel ujian hari ini sama dengan jumlah kelmarin, angka kes positif hari ini pasti lebih tinggi,” jelasnya dalam rumusan harian kes.

Sebanyak 8 daerah mencatatkan jangkitan baharu dua angka yang didahului oleh Kota Kinabalu dengan 71 kes (-13), Sandakan 28 kes (+11), Penampang 25 kes (+5), Tawau 25 kes (+5), Papar 20 kes (+4), Putatan 20 kes (-6), Tuaran 14 kes (-27) dan Lahad Datu 11 kes (-).

Empat (4) daerah tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu.

“Daerah-daerah tersebut ialah Tongod, Telupid, Pitas, dan Kalabakan…

“Daerah Ranau menampakkan trend peningkatan jangkitan harian dengan 7 kes baharu (+5).

“Secara purata 82.4 peratus daripada semua kes baharu di Sabah hari ini adalah melalui jangkitan sporadik,” tambhanya.

Terdapat tujuh (7) kes dalam Kategori 3 dan satu (1) kes dalam Kategori 4 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (06 Ogos 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 71 (84)
Sandakan 28 (39)
Penampang 25 (20)
Tawau 25 (20)
Papar 20 (16)
Putatan 20 (26)
Tuaran 14 (41)
Lahad Datu 11 (11)
Ranau 7 (2)
Kota Belud 6 (8)
Kota Marudu 6 (4)
Beaufort 4 (5)
Kudat 4 (4)
Sipitang 4 (4)
Tambunan 4 (3)
Tenom 4 (7)
Kunak 3 (0)
Nabawan 3 (2)
Beluran 2 (1)
Keningau 2 (8)
Kinabatangan 2 (1)
Kuala Penyu 1 (2)
Semporna 1 (1)
Kalabakan 0 (3)
Pitas 0 (0)
Telupid 0 (3)
Tongod 0 (0)