Nurul Izzah Sah Bernikah Dengan Yin Shao Loong | Sabah News

Nurul Izzah Sah Bernikah Dengan Yin Shao Loong | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





SHAH ALAM, SELANGOR – Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menerusi hantaran Facebook beliau telah mengumumkan telah berkahwin dengan penyelidik kanan Institut Penyelidikan Khazanah, Yin Shao Loong pada Jumaat.

Dalam hantaran tersebut, Nurul Izzah berkata, majlis perkahwinan itu dihadiri keluaga terdekat…

“Pada petang 5 Ogos 2022, berwalikan ayahanda pengantin perempuan, (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kami telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat.

“Kami memohon doa kalian semua agar kita sentiasa di bawah perlindungan ALLAH SWT,” katanya.

Sementara itu, posting itu juga disertakan bersama gambar pasangan pengantin baru itu, yang diapit ayah dan ibu Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Shao Loong, 46, pernah berkhidmat sebagai pengarah komunikasi strategik di Pejabat Menteri Besar Selangor ketika Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memegang jawatan berkenaan selain menjadi pengarah eksekutif Institut Pemikir PKR yang diketuai oleh Nurul Izzah.