Lelaki Kazakhstan Dihukum Kembiri Kerana Rogol Anak Tiri | Sabah News

Lelaki Kazakhstan Dihukum Kembiri Kerana Rogol Anak Tiri | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Jururawat, dirakam mengembiri lelaki berkenaan…

KAZAKHSTAN – Perbuatan terkutuk seorang lelaki di Kazakhstan kerana merogol anak tirinya sendiri telah mengakibatkan beliau dijatuhi hukuman kembiri.

Menurut laporan akhbar Mirror UK, hukuman tersebut diberi selepas lelaki tersebut memperkosa anak tirinya sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal sehingga doktor terpaksa mengeluarkan rahimnya

Perogol yang sudah empat kali berkahwin itu mendera mangsa selama tiga tahun bermula dari usia lima tahun, demikian menurut perbicaraan sebuah mahkamah di Kazakhstan.

Dia mengugut mangsa untuk membunuhnya jika memberitahu perkara itu kepada ibunya…

Hakim menjatuhi hukuman penjara yang dikawal ketat selama 25 tahun ke atas tertuduh dan memerintahkannya menjalani ‘pengembirian kimia secara paksa’.

“Anak perempuan saya memberitahu bahawa dia berasa pening kerana terjatuh dari blok bangunan. Saya tidak faham lalu mengangkatnya dan mendapati dia dalam keadaan berdarah.

“Sejurus selepas itu, dia (tertuduh) mendekati saya dan meminta maaf. Saya pengsan kerana terkejut.

“Apabila sedar, terdapat beberapa pisau di hadapan saya dan dia (tertuduh) meminta saya membunuhnya kerana perbuatannya,” kata ibu kepada mangsa.

Mangsa dikejarkan ke hospital dengan keadaan nyawanya berada dalam bahaya selama sebulan dan rahimnya dikeluarkan menerusi pembedahan kerana kerosakan dalaman yang kronik.

Mangsa turut disifatkan mengalami trauma teruk dan diberi sokongan psikologi.