Naik 5 Kes, Jangkitan COVID-19 Sabah Pada Kadar Terkawal | Sabah News

Naik 5 Kes, Jangkitan COVID-19 Sabah Pada Kadar Terkawal | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

KOTA KINABALU, SABAH – Angka jangkitan hari ini bertambah 5 kes berbanding sebelumnya dengan 277 kes baharu.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata beadaan tidak banyak berubah daripada sebelumnya.

“Sebanyak 12 daerah merekodkan penurunan dan 9 daerah pula merekodkan peningkatan kes…

“Lima (5) daerah mencatatkan peningkatan yang agak banyak iaitu Sandakan 34 kes (+15), Penampang 24 kes (+10), Kuala Penyu 7 kes (+6), Kota Belud 9 kes (+5) dan Keningau 7 kes (+5).

“Antara daerah yang merekodkan penurunan jangkitan baharu ialah Kota Kinabalu 84 kes (-8), Tuaran 20 kes (-7), Tawau 12 kes (-5) dan Kota Marudu 3 kes (-4),” katanya dalam rumusan harian kes.

Beliau berkata bilangan daerah yang tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu bertambah daripada 3 daerah kepada 6 daerah hari ini.

Jumlah daerah yang mencatatkan jangkitan dua angka kekal banyak dengan 8 daerah, berkurangan satu daerah berbanding semalam.

“Kadar penularan virus semakin meningkat walaupun masih pada kadar yang terkawal. Ini dapat digambarkan melalui kadar positiviti yang semakin tinggi…

“Kelmarin jumlah sampel ujian ialah 3,278 dengan kadar positiviti 12.05 peratus yang menghasilkan 272 kes positif baharu.

“Hari ini kadar positiviti meningkat kepada 12.37 peratus dan walaupun jumlah sampel ujian lebih rendah (3,201) daripada kelmarin tetapi angka kes positif naik 5 kes.

“Angka jangkitan harian dijangka akan terus berada pada paras yang tinggi selagi kadar penularan tidak menurun,” katanya.

Terdapat dua (2) kes dalam Kategori 3 dan tiga (3) kes dalam Kategori 4 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (03 Ogos 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 84 (92)
Sandakan 34 (19)
Penampang 24 (14)
Tuaran 20 (27)
Papar 17 (17)
Lahad Datu 12 (14)
Putatan 12 (14)
Tawau 12 (17)
Kota Belud 9 (4)
Beaufort 8 (11)
Keningau 7 (2)
Kuala Penyu 7 (1)
Tambunan 7 (7)
Kudat 5 (3)
Nabawan 4 (1)
Kalabakan 3 (1)
Kota Marudu 3 (7)
Ranau 3 (4)
Tenom 3 (3)
Kinabatangan 2 (1)
Beluran 1 (3)
Kunak 0 (3)
Pitas 0 (0)
Semporna 0 (1)
Sipitang 0 (6)
Telupid 0 (0)
Tongod 0 (0)