UMSFM Jadi Rakan Strategik JaPen Sabah

UMSFM Jadi Rakan Strategik JaPen Sabah

Kongsikan Berita Ini





Intan (tengah) merakamkan foto kenangan bersama Supian (tiga dari kiri)…

KOTA KINABALU, SABAH – Bagi memperkasakan lagi penyaluran maklumat rasmi kerajaan kepada golongan sasar, UMSfm dengan frekuensi 91.1 MHz kini menjadi rakan strategik Jabatan Penerangan Negeri (JaPen) Sabah.

Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa berkata, JaPen Sabah akan berkolaborasi dengan UMSfm sebagai satu lagi saluran tambahan kepada saluran yang sedia ada untuk kita sebar luas maklumat khususnya berkaitan dasar dan hala tuju kerajaan kepada masyarakat.

Sementara itu, Pengurus UMSfm, Dr Intan Soliha yang juga Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) memaklumkan pihaknya amat berbesar hati dan menyifatkan kerjasama tersebut sebagai nilai tambah kepada pembelajaran para pelajar komunikasi.

“Kami sangat berbesar hati sebab ini adalah antara fungsi utama UMS sebagai lidah kepada masyarakat…

“Jadi, melalui platform ini kita dapat menyampaikan maklumat dan bersama dengan masyarakat di samping memberikan nilai tambah serta pendedahan kepada para pelajar,” katanya.