Sultan Kelantan Isytihar Che Puan Nur Diana Petra Abdullah Sebagai Sultanah Kelantan

Sultan Kelantan Isytihar Che Puan Nur Diana Petra Abdullah Sebagai Sultanah Kelantan

Kongsikan Berita Ini
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Sultanah Kelantan dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah…

KOTA BHARU, KELANTAN – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan itu membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob membacakan pengisytiharan rasmi itu di Istana Balai Besar, di sini hari ini.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob membacakan pengisytiharan rasmi itu di Istana Balai Besar, Kota Bharu hari ini (2 Ogos 2022)…(Sumber Foto: BERNAMA)

Ahmad ketika membacakan teks itu berkata, pengisytiharan dilakukan menurut Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

– BERNAMA