Wiranita StarSabah Bingkor Sampaikan Bantuan ADUN | Sabah News

Wiranita StarSabah Bingkor Sampaikan Bantuan ADUN | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





KENINGAU, SABAH – Ahli Dewan Undangan (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin memberikan bantuan kepada seorang penduduk warga emas di Kampung Dangulad yang memerlukan perhatian atas sebab masalah kesihatan.

Bantuan itu diserahkan oleh Ketua Wiranita Parti Solidariti Tanah Airku (StarSabah Bahagian N.40 Bingkor Puan Jennifer Epil yang mewakili Rober.

Jennifer diiringi oleh Pengerusi JPKK Kampung Dangulad Samson Nasar dan beberapa AJK Wiranita STARSABAH Bahagian N.40 Bingkor menyampaikan sumbangan berbentuk bahan-bahan keperluan harian kepada Puan Idam di rumah kediaman keluarganya.

Sumbangan ikhlas daripada Datuk Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya itu bermanfaat dan meringankan bebanan keluarga Puan Idam…

Turut menerima sumbangan kebajikan yang sama di kampung itu adalah Puan Ester Dadin.