RUU Anti Lompat Parti Wajar Dibentang Di DUN – Wee Ka Siong | Sabah News

RUU Anti Lompat Parti Wajar Dibentang Di DUN – Wee Ka Siong | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Datuk Seri Dr Wee Ka Siong…

KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti wajar dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) agar selari dengan Dewan Rakyat.

Beliau berkata, Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang sudah sepakat mengenai isu itu dan tindakan sama wajar dibuat di peringkat negeri.

“Apa sahaja yang diluluskan di Parlimen mengikut prinsipnya adalah untuk diguna pakai bersama…

Jadi adalah wajar setiap negeri melakukan perkara sama seperti yang kita telah buat dalam pindaan sebelumnya iaitu Undi18… jadi, terpulang kepada setiap negeri,” katanya.

Ka Siong berkata, Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan peruntukan mengenai larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti itu akan dibentang di Dewan Negara sebelum mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk dikuat kuasa.

Pada Khamis lepas, rang undang-undang itu diluluskan selepas mendapat sokongan lebih dua pertiga Ahli Parlimen dengan 209 daripada 220 Ahli Dewan Rakyat menyokong.