KETUA POLIS NEGERI, DAERAH DIGESA BERIKAN KERJASAMA KEPADA MEDIA | Sabah News

KETUA POLIS NEGERI, DAERAH DIGESA BERIKAN KERJASAMA KEPADA MEDIA | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani…

KUALA LUMPUR – Semua Ketua Polis Negeri dan Daerah digesa supaya memberikan kerjasama kepada pihak media dalam menyalurkan sebarang maklumat diperlukan.

Membuat arahan itu, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, ianya bagi mengelak sebarang kekeliruan maklumat dan salah faham khususnya dalam kalangan masyarakat.

“Ini bagi membolehkan semua ketua polis (negeri dan daerah) memainkan peranan membantu pihak media…

“Kebanyakan kes yang berlaku adalah rutin, jadi kenapa saya perlu mengehadkan kepada Pengarah Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memberikan kenyataan media, maka inilah peranan ketua polis (negeri dan daerah) untuk beri apa jua maklumat kepada media,” katanya lapor sumber Berita Harian.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Makan Malam PDRM bersama media di Bukit Aman di sini malam tadi.