Acryl Sani Arah Ketua Polis Negeri, Daerah Bekerjasama Dengan Media | Sabah News

Acryl Sani Arah Ketua Polis Negeri, Daerah Bekerjasama Dengan Media | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani…

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengarahkan semua Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah supaya memberi kerjasama kepada pihak media dalam menyalurkan sebarang maklumat diperlukan.

Beliau yang dipetik Bernama berkata, ia bagi mengelak sebarang kekeliruan maklumat dan salah faham khususnya dalam kalangan masyarakat.

“Ini bagi membolehkan semua ketua polis (negeri dan daerah) memainkan peranan membantu pihak media…

“Kebanyakan kes yang berlaku adalah rutin, jadi kenapa saya perlu mengehadkan kepada Pengarah Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) (untuk memberikan kenyataan media), maka inilah peranan ketua polis (negeri dan daerah) untuk beri apa jua maklumat kepada media,” katanya kepada pemberita pada Majlis Makan Malam PDRM bersama media di Bukit Aman di sini malam tadi.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Hazani Ghazali.