Wanita Maut Dibaham Buaya Ketika Memancing Di Kinabatangan | Sabah News

Wanita Maut Dibaham Buaya Ketika Memancing Di Kinabatangan | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





KINABATANGAN, SABAH – Seorang wanita maut dibaham buaya ketika memancing di tepi sungai berhampiran Kampung Tanjung Bulat, Sinar Jaya, semalam.

Mangsa, Norsila Sayong, 32 disahkan meninggal dunia ketika ditemukan dan diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut.

Trajedi tersebut berlaku ketika kira-kira pada pukul 3.30 petang

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat daerah, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 3.42 petang dan sekumpulan pegawai serta anggota bergegas ke lokasi kejadian yang terletak 12 kilometer dari balai.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, seorang mangsa wanita dipercayai dibaham buaya semasa sedang memancing di sungai berkenaan.

Mangsa ditemukan oleh orang awam bersama pasukan penyelamat pada jarak 800 meter dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang.