252 Kes Baharu COVID-19 , Kenaikan Satu Kes Di Sabah | Sabah News

252 Kes Baharu COVID-19 , Kenaikan Satu Kes Di Sabah | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





KOTA KINABALU, SABAH – Angka jangkitan harian merekodkan 252 kes baharu iaitu pertambahan 1 kes berbanding semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, 13 daerah merekodkan penurunan kes harian berbanding 8 daerah yang mencatat peningkatan kes.

“Kota Kinabalu kembali merekodkan jangkitan tiga angka dengan 122 kes baharu (+27)…

“Lima (5) daerah merekodkan jangkitan baharu dua angka iaitu Sandakan 32 kes (+4), Tuaran 25 kes (-5), Putatan 15 kes (+15) Penampang 14 kes (-22) dan Beaufort 12 kes (+12).

“Sebanyak 12 daerah tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu hari ini,” katanya dalam satu rumusan harian.

Terdapat satu (1) kes dalam Kategori 3 dan tiga (3) kes dalam Kategori 4 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (31 Julai 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 122 (95)
Sandakan 32 (28)
Tuaran 25 (30)
Putatan 15 (0)
Penampang 14 (36)
Beaufort 12 (0)
Papar 8 (16)
Keningau 5 (4)
Lahad Datu 5 (3)
Tawau 4 (6)
Kuala Penyu 3 (6)
Kinabatangan 2 (0)
Kota Belud 2 (8)
Ranau 2 (0)
Kota Marudu 1 (2)
Beluran 0 (1)
Kalabakan 0 (1)
Kudat 0 (6)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (1)
Semporna 0 (0)
Sipitang 0 (5)
Tambunan 0 (0)
Telupid 0 (0)
Tenom 0 (3)
Tongod 0 (0)