AHLI POLITIK JATUH SAKIT SELEPAS AMBIL HATI RAKYAT DENGAN MINUM AIR SUNGAI TERCEMAR | Sabah News

AHLI POLITIK JATUH SAKIT SELEPAS AMBIL HATI RAKYAT DENGAN MINUM AIR SUNGAI TERCEMAR | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





PUNJAB Seorang ahli politik di India dilaporkan jatuh sakit baru-baru ini selepas minum segelas air dari Sungai Kali Bein yang tercemar.

Bhagwant Mann, yang juga Ketua Menteri Punjab dikatakan telah minum air terbabit untuk menunjukkan kepada penduduk tempatan bahawa ia selamat diminum, namun perkara yang sebaliknya belaku.

Memetik sumber Mail Online, Mann dilaporkan sakit perut dan dikejarkan ke Hospital Apollo Indraprastha selang beberapa hari selepas minum air sungai berkenaan.

Pemeriksaan doktor mendapati dia telah mengalami jangkitan yang menyebabkan perutnya sakit.

Walau bagaimanapun, Mann dibenarkan keluar dari hospital selepas sehari berada di bawah pengawasan terperinci oleh sekumpulan doktor.

Terdahulu, tular video beliau minum air di sungai dan berita beliau dimasukkan ke hospital gara-gara air tercemar di sungai berkenaan turut menjadi topik perbualan utama di India baru-baru ini.

 

 

 

 

VIDEO tular yang menunjukkan Ketua Menteri Punjab, Bhagwant Mann minum air sungai tercemar demi mengambil hati rakyat…(Sumber: Twitter @AshokSwain)