Turun Padang Lawatan Ke Pasar Sibuga | Sabah News

Turun Padang Lawatan Ke Pasar Sibuga | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

SANDAKAN, SABAH – Semalam Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dun Sekong, Hazulizah Md Dani telah mengadakan lawatan kerja ke Pasar Sibuga Sandakan.

Beliau bersama juruteknik daripada Majlis Perbandaraan Sandakan iaitu Sean Chong dan Ronnie yang memantau perjalanan baikpulih Pasar Sibuga.

Menurut Hazulizah beliau amat berpuasa hati dengan penerangan yang dimaklumkan kepada beliau dalam masa yang sama beliau juga meminta pihak kontraktor yang dilantik untuk menambah tenaga kerja agar pembinaan baikpulih dapat disegerakan.

“Saya dimaklumkan oleh  Sean Chong antara kelewatan pembinaan berpunca daripada material yang susah didapati iaitu berlaku kehabisaan stok simen di Sandakan beberapa minggu lepas,” katanya.

Beliau berkata demkian selepas mengdakan lawatan kerja di Pasar Sibuga, Sandakan semalam.

Tambah beliau lagi apa yang penting pembinaan baikpulih Pasar Sibuga ini mengikut spesifik kerja yang diberikan, berkualiti dan diharap tidak dibina secara sambil lewa.

“Saya juga akan minta kakitangan UPPM Dun Sekong bersama-sama Pemaju Mukim kawasan untuk sentiasa membuat pemantauan…

“Saya percaya selesai pembaikan pasar ini, mudah-mudahan suasana baru yang bersih dan selamat dapat memberikan keselesaan kepada para peniaga dan pengunjung dalam jangka masa panjang.

Jelas Hazulizah lagi pembaikan Pasar Sibuga ini antara salah satu cadangan yang telah mereka kemukakan sebelum ini.

Baikpulih pasar ini adalah cadangan yang telah mereka bersama Timbalan Presiden Majlis Perbandaraan Sandakan Faridah Iddin selepas melihat keadaan pasar yang daif dan usang. Usia bangunan juga agak lama dan perlukan perbaikan.

“Kelulusan daripada Pejabat Perdana Menteri pada Februari 2022 telah merealisasikan untuk dibaikpulih Pasar Sibuga yang membawa kepada lawatan daripada Pegawai Kemajuan Negeri Sabah (SDO),” ujarnya,