Rumah Dihempap Tanah Runtuh, Dua Kanak-Kanak Maut | Sabah News

Rumah Dihempap Tanah Runtuh, Dua Kanak-Kanak Maut | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

KOTA KINABALU, SABAH – Dua kanak-kanak maut selepas tanah runtuh menghempap sebuah rumah berhampiran rumah pangsa Taman Elok di Bukit Nenas sini, semalam.

Mangsa telah dikenal pasti sebagai seorang perempuan, Norain Julaziz, 11, dan lelaki, Isa Sabri, 2, di mana kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia di Hospital.

Pusat Gerakan Operasi Bomba berkata rumah terbabit didiami sembilan sekeluarga dalam insiden kira-kira pukul 8.30 malam itu.

“Terdapat empat orang mangsa terlibat, seorang cedera di bahagian kaki manakala tiga lagi tertimbus tanah dan pokok…

“Mangsa lelaki 2 tahun telah dihantar ke hospital sebelum pasukan bomba tiba di lokasi dan dua orang mangsa perempuan berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Bomba dan orang awam.

“Seorang mangsa wanita berumur 28 tahun mengalami patah tangan dalam insiden,” katanya…

Menurutnya, mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS dan seterusnya dihantar ke hospital menggunakan EMRS dan Ambulan.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain terlibat operasi ditamatkan pada jam 10 malam,” tambahnya.