Masjid Nurul Iman Sabindo Sudah Tiada | Sabah News

Masjid Nurul Iman Sabindo Sudah Tiada | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





PAPAR, SABAH – Masjid Nurul Iman di Sabindo sini musnah dijilat api dalam kebakaran 3.30 pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba melaporkan struktur jenis separuh kekal berkeluasan 40×80 kaki itu terbakar 95 peratus.

Walaubagaimanapun, tiada mangsa yang terlibat dilaporkan oleh ketua operasi.

“Operasi pemadaman 2 aliran 300 kaki 4 pancutan dan sumber air dari pili bomba…

“Seramai 23 anggota bomba dari Balai Papar termasuk bantuan daripada Balai Penampang berjaya mengawal keadaan pada jam 4.26 pagi,” katanya.

Anggaran kos kemusnahan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.