ADUN Tronoh Dihukum Penjara 13 Tahun, Dua Sebatan, Rogol Pembantu Rumah | Sabah News

ADUN Tronoh Dihukum Penjara 13 Tahun, Dua Sebatan, Rogol Pembantu Rumah | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





IPOH – Mahkamah Tinggi pada hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan hukuman tersebut kepada Yong setelah beliau didapati bersalah kerana merogol pembantu rumah warga Indonesia, tiga tahun lalu.

Dalam pada itu pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan…

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam mewakili tertuduh, Datuk Rajpal Singh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara rayuan difailkan di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin selain dokumen perjalanan iaitu pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Terdahulu, Yong yang juga Bendahari Agung Parti Bangsa Malaysia (PBM) didakwa merogol pembantu rumah warga Indonesia berusia 23 tahun itu di bilik di tingkat atas rumahnya di Meru Desa Park antara 8.15 hingga 9.15 malam pada 7 Julai 2019.