Sikap Sambil Lewa Ketua Jabatan Tidak Harus Dipandang Ringan – Masiung | Sabah News

Sikap Sambil Lewa Ketua Jabatan Tidak Harus Dipandang Ringan – Masiung | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Masiung (dua dari kiri) diberi taklimat oleh Pegawai Pendidikan Daerah Telupid/Tongod, Jamain Bakut dilokasi kebakaran tentang SMK Tongod…

TONGOD, SABAH – Elemen tadbir urus kurang cekap di kalangan ketua jabatan tidak harus berulang jika tidak mahu kelemahan mereka dirujuk ke peringkat tertinggi.

Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah, memberi amaran sebarang tindakan sambil lewa melibatkan ketua jabatan di peringkat daerah tidak harus dipandang ringgan.

Beliau merujuk langkah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) daerah Tongod menutup operasi bekalan air selama lebih seminggu melibatkan 18 buah kampung di Mukim Tongod dan Penangah dengan alasan tidak cukup bajet membeli minyak diesel untuk misen pam air.

Terdahulu beliau membuat lawatan ke blok asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tongod yang terlibat dengan kebakaran berpunca dari bilik suis utama yang dijadikan stor tilam.

“Sikap sambil lewa Jabatan Air Tongod dengan memberi alasan kurang matang hingga menyebabkan lebih 10,000 penduduk terjejas di pekan Tongod dan Penangah amat dikesali.

“Saya dihujani panggilan telephon dan hantaran wathsap daripada penduduk terlibat. Mungkin Jabatan Air Daerah tidak mengamukakan baget kecemasan tahunan yang cukup kepada ibu pejabat, “ katanya.

Menurut Masiung, kejadian kebakaran di asrama lelaki di tingkat tiga SMK Tongod pada 17 Julai lalu turut menyukarkan operasi memadam api kerana penutupan operasi bekalan air.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) itu
mahukan semua ketua-ketua jabatan di daerah itu perlu peka dengan tugas masing-masing.

 Janganlah sampai timbul masalah baru nak bertindak sehingga menimbulkan perkara negatif kepada penduduk setempat, ” tambah beliau.