PRU-15: PN PULAU PINANG SELESAI AGIH KERUSI PARLIMEN | Sabah News

PRU-15: PN PULAU PINANG SELESAI AGIH KERUSI PARLIMEN | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri PN Pulau Pinang, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai mengesahkan telahh membuat pembahagian kerusi bagi 13 kawasan Parlimen untuk menghadapi PRU-15 akan datang…

GEORGETOWN – Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang yang diwakili oleh TIGA (3) komponen partinya iaitu Bersatu, PAS dan Gerakan selesai menjalankan pembahagian 13 kawasan Parlimen bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri PN Pulau Pinang, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, ketiga-tiga parti komponen juga sudah membincangkan hal ehwal dan kesiapsiagaan menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“PN Pulau Pinang akan mengadakan satu majlis pelancaran dalam masa yang singkat, dan satu retreat (pemukiman) akan diadakan selepas itu bagi merangka pelan tindakan untuk menghadapi PRU akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, semua parti komponen sudah menyerahkan senarai nama ketua badan perhubungan kawasan Parlimen masing-masing agar gerak kerja di kawasan dapat dimulakan dalam masa terdekat.

“Ketua badan perhubungan kawasan Parlimen dinasihatkan turun ke padang dan memberi perkhidmatan kepada rakyat di kawasan masing-masing secara proaktif sebaik sahaja kerja pelantikan dimuktamadkan…

“Mereka juga harus memahami isu yang dihadapi rakyat setempat, memberi bantuan serta membela kepentingan rakyat tanpa mengambil kira bangsa dan agama,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, ketua badan perhubungan kawasan Parlimen yang dilantik tidak semestinya dipilih sebagai calon bagi PRU akan datang.

Tahun lalu, Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, berkata komponen parti bersetuju menyelesaikan agihan kerusi di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin…