Tiga Maut, Dua Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Universiti Manila | Sabah News

Tiga Maut, Dua Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Universiti Manila | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

MANILA – Tiga orang terkorban manakala dua lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah kampus universiti di Metro Manila pada Ahad, menurut polis Filipina.

Pihak Berkuasa Pembangunan Metro Manila mengesahkan kejadian berlaku pada jam 2.55 tengah hari waktu tempatan di pintu masuk Universiti Ateneo de Manila di Quezon City, lapor Agensi Berita Xinhua.

“Seorang pengawal keselamatan turut terbunuh,” kata Pengarah daerah Polis Quezon City, Remus Medina.

Dalam kejadian itu, suspek cuba melarikan diri menggunakan kereta tetapi berjaya ditahan pihak polis…

Ejen Biro Penyiasatan Kebangsaan juga telah dikerah ke lokasi kejadian “untuk menyiasat dan menghulurkan bantuan kepada mangsa dan pihak universiti.”

Kampus “ditutup buat masa ini,” menurut universiti itu.

Ketua Hakim Negara Mahkamah Tinggi, Alexander Gesmundo dijadual menghadiri majlis graduasi lulusan undang-undang pada petang Ahad.

Jurucakap Mahkamah Agung Brian Hosaka berkata Gesmundo “yang dalam perjalanan ke lokasi itu dinasihatkan untuk berpatah balik”.