Wanita Harus Peka Terhadap Kanser Payudara Dengan Membuat Pengesanan Awal | Sabah News

Wanita Harus Peka Terhadap Kanser Payudara Dengan Membuat Pengesanan Awal | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

RANAU: Pengesanan awal terhadap kanser payudara adalah penting dan para wanita digalakan untuk lebih rajin membuat pemeriksaan payudara kendiri.

Dalam pada itu, pengesanan awal terhadap kanser payudara membolehkan tindakan segera dapat diambil termasuk dari segi rawatan…

“Kita mahu setiap wanita sedar akan perkara ini dan lebih rajin untuk membuat pemeriksaan kendiri sebagai langkah pengesanan awal,” kata Datin Linda Ewit, isteri kepada Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang Datuk Dr. Joachim Gunsalam.

Beliau berkata demikian semasa, Kempen Kesedaran Kanser Payudara yang dianjurkan oleh Kinabalu Pink Ribbon dan Persatuan Sokongan Kanser Payudara Kota Kinabalu di Dewan Pemulihan Dalam Komuniti baru-baru ini.

Kempen tersebut merupakan kerjasama antara Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) Kundasang dan Pergerakan Wanita Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Paginatan itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang keperluan membuat pemeriksaan payudara kendiri sebagai langkah pengesanan awal.

Kempen tersebut diisi dengan perkongsian pengalaman oleh pesakit kanser payudara dan ceramah bertajuk ‘Kesedaran Kebersihan Tangan’ oleh pegawai Hospital Pakar KPJ Sabah.

Turut diadakan ialah aktiviti pemeriksaan payudara, pendaftaran mammogram, pemeriksaan kesihatan, tekanan darah dan glukosa.

Linda turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada setiap peserta yang datang daripada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang dan Paginatan.