Projek KK SkyBridge: Centre Point Sabah Mula Membina Penyambungan Ke Pusat Beli-Belah | Sabah News

Projek KK SkyBridge: Centre Point Sabah Mula Membina Penyambungan Ke Pusat Beli-Belah | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Pembinaan penyambungan KK Skybridge dijangka siap pada penghujung November 2022…

KOTA KINABALU, SABAH – Pembinaan bagi penyambungan laluan KK Skybridge ke Centre Point Sabah telah bermula dan akan dijadualkan siap pada penghujung November 2022.

Centre Point Sabah menerusi satu kenyataan hari ini berkata, penyambungan KK Skybridge tersebut akan menyediakan laluan yang mudah dan selamat untuk orang awam memasuki pusat membeli-belah, serta dapat dilindungi daripada cahaya matahari dan hujan ketika berjalan ke pusat beli-belah dari hab komersial lain.

“Selain itu, penyambungan KK Skybridge tersebut juga boleh memberi impak yang positif untuk data kemasukan pelanggan ke Centre Point Sabah.

“Kini, kita sudah berada di fasa endemik, kebanyakkan SOP peraturan Covid-19 pun telah ditarik balik and ramai pelancong luar negara dijangka akan datang melawat Sabah.

“Selain itu, pengurusan pusat beli-belah menggesa semua pemandu e-hailing dan orang ramai untuk tidak meletak kenderaan di kawasan pembinaan terutama pada waktu puncak bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar pusat beli-belah

“Dalam pada itu, pihak Pengurusan Mall ingin memohon maaf atas sebarang kesesakan lalu lintas dan kesulitan yang ketika pembinaan tersebut dijalankan,” kata pengurusan Centre Point Sabah hari ini.

Jejantas Skybridge sepanjang 400-meter itu berfungsi sebagai laluan penghubung untuk pusat membeli-belah dan pelbagai hab komersial – Pusat Komersial Api-Api, Pusat Komersial Warisan Square, Oceanus Waterfront Mall dan Asia City.

Centre Point Sabah berkata, sebanyak RM19K ribu dibelanjakan untuk perancangan awal dan yuran perundingan oleh Jurutera Perunding CKS untuk projek pembinaan sambungan KK Skybridge.

First Priority Corporation merupakan kontraktor utama untuk projek penyambungan KK Skybridge. Manakala kos keseluruhan projek tersebut adalah berjumlah RM700K ribu telah ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengurusan Centre Point Sabah (CPS Management Corporation).

Tahun lalu, KK Skybridge telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor. Jejantas Skybridge tersebut yang dilengkapi dengan eskalator, lif untuk orang kurang upaya, dan 20 kiosk runcit berhawa dingin.

Bersempena dengan ulang tahun Centre Point Sabah yang ke-32 pada bulan Ogos ini, pelbagai acara-acara yang menarik telah dirancang oleh bahagian pemasaran Centre Point Sabah, antaranya ialah Cosmaniac Cosplay Showdown (6hb–7hb Ogos), Mobile Legends Bang Bang Champion (13hb–14hb Ogos), Pikachu Showcase (21hb. –27 Ogos), dan SHop & Redeem: Free Lunch Bag (9 Sept – 22 Sept).

Orang awam boleh menghubungi talian hotline bahagian pemasaran di 011-7412 8785 untuk maklumat lanjut mengenai acara- acara di Centre Point Sabah.